Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Tuesday, April 19, 2011

Video Seks KJ: Mengapa Badrul Hisham masih bersembunyi ?

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin dicabar membuktikan dakwaan beliau bahawa dia mempunyai video lucah yang membabitkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Ini berikutan kenyataan Badrul Hisham di laman web The Malaysian Insider bahawa beliau dibekalkan oleh ahli UMNO tape video lucah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin pada pilihanraya 2008.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Rembau, Safariladira Abdullah selepas membuat laporan polis berkata dakwaan Badrul Hisham terhadap Khairy merupakan satu fitnah jahat yang biadap

“Pemuda UMNO Rembau mengutuk sekeras kerasnya kenyataan yang berunsur fitnah ini dan laporan dibuat kepada pihak berkuasa adalah untuk membersihkan nama Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta menjaga nama baik UMNO itu sendiri”, katanya.

Jelas beliau video palsu yang pernah disiarkan oleh Badrul Hisham adalah Video yang langsung tidak berkait dengan Khairy Jamaluddin .

“Badrul juga ada berkata bahawa beliau ada menyimpan satu video seks isteri pemimpin UMNO.

“Ini adalah merupakan satu fitnah yang jijik untuk mengalihkan pandangan rakyat setelah Wan Azizah gagal membekalkan jam “Omega” pada sidang akhbar sebelum ini untuk membersihkan nama suaminya dalam skandal seks terbesar negara”, ujarnya.

Justeru kata beliau lagi Pemuda Rembau mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa dia mempunyai Video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.

RT - Demi menutup kelemahan dan mencari jalan keluar untuk bosnya yang semakin hari semakin teruk peribadinya, pencacai-pencacai Aljubri terpaksa mereka pelbagai cerita, adu domba dan fitnah agar bosnya boleh "bernyawa" semula... kalau tak..pencacai2 aljubri ni pun akan turut mampuh seperti bosnya....

No comments:

RAKTRA.COM

UMNO Online

Checkmate !!!

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.