Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Friday, June 10, 2011

Haji Hadi: UMNO kini dah tak 'kafir' ?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibidas kerana sanggup mengelirukan masyarakat Islam semata-mata untuk menunaikan impian mereka termasuk sekutunya menuju Putrajaya.

Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad berkata kenyataan Hadi berhubung pelaksanaan Negara Islam adalah satu kenyataan dangkal serta memperlihatkan bagaimana beliau telah sedar bahawa perjuangan selama ini adalah tidak benar dan tidak betul.

Lantaran itu, beliau menuntut Hadi memberikan penjelasan lebih lanjut terhadap perkara itu kerana orang-orang UMNO sebelum ini telah dilemparkan dengan pelbagai cacian dan maki hamun termasuklah “Kafir” pada satu ketika dahulu.

“Jika itulah kenyataan sebenar Hadi, bagaimana pula dengan kematian para syuhada Memali yang sebelum ini sanggup mati untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Apakah kematian mereka benar-benar syahid…Jika melihat kenyataan Hadi itu, waris mereka mungkin terguris kerana matinya kaum keluarga mereka adalah mati yang sia-sia dan bukannya syahid.

“Apakah Hadi sedar dan tahu perkara ini.. Hadi perlu huraikan dan jelaskan kepada umum agar ianya tidak menjadi satu kekeliruan kepada kita semua. Janganlah kerana politik sempit dan gara-gara takutnya kepada DAP, Hadi terpaksa keluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Apapun saya bersyukur kepada Allah kerana Hadi telah sedar daripada lamunanya selama ini, namun sedikit terkilan dan sedih kerana kesedaran Hadi itu adalah kerana mengikut telunjuk DAP.

“Terus terang saya katakan, saya tidak terkejut tetapi cukup kecewa kerana seorang yang dianggap tokoh ulama di dalam Pas sanggup mengelirukan masyarakat dengan pandangan yang bercampur baur dengan kepentingan politik.,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang berkata parti itu akan lebih memberi tumpuan kepada negara berkebajikan dan bukannya negara Islam pada masa ini kerana mendakwa pelaksanaan negara berkebajikan disebut dalam al-Quran sedangkan negara Islam tidak.

Ustaz Ghazali seterusnya menegaskan tumpuan Pas yang akan memberi lebih tumpuan kepada pembentukan negara berkebajikan hanyalah satu lagi jenama politik untuk perjuangan parti berkenaan.

 
Menurut beliau setelah berpuluh tahun tegar dengan perjuangan Negara Islam , Pas hari ini tunduk kepada DAP yang dikethaui umum tidak akan setuju dengan konsep Negara Islam yang diperjuangkan Pas.

“Saya nak jelaskan di sini…Negara Kebajikan ini umpama Negara Kesihatan..Negara Ketenteraan..Apa yang itimewanya konsep tersebut sedangkan kerajaan yang ada hari ini bukan sahaja telah memberi tumpuan malah telah sekian lama melaksanakannya.

“Percayalah itu hanya gula-gula politik untuk menutup perubahan dasar mereka yang dulunya Negara Islam tetapi hari ini Negara Berkebajikan. Tidak lebih daripada itu,” katanya.

-MediaUMNO

No comments:

Checkmate !!!