Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Friday, June 24, 2011

Malaysia Negara Pengeluar Minyak... Tapi 'tak murah'.. Mengapa ???

Argentina - hasilkan 787,180 tong sehari >>>> Harga untuk rakyat - RM 2.89 seliter
Malaysia - hasilkan 703, 920 tong sehari>>>> Harga untuk rakyat - RM 1.90 seliter

Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.

Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. 

Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.

Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia:

Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia.

Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):


Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.


Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com)


RT- Terima kasih kerajaan BN !!! Rakyat didahulukan.... Tapi mentaliti totok pembangkang semuanya nak free...barulah rakyat didahulukan.... BN kalah semua kerusi barulah pilihanraya BERSIH !!!

1 comment:

aidil said...

Salam bro,
Nak backup ckit takut kena tembak ngan PRian. Qatar boleh bg 92sen ron 97 sebab penduduk dia x ramai sejuta lebih je. Tu yg subsidi dia gila babun tu. Oman pun x ramai 2juta je. So x leh nak compare. oleh itu, konklusi, malaysia adalah negara pemberi subsidi minyak terbesar didunia berdasarkan ratio pengeluaran:Penduduk:harga minyak tempatan.

Tapi bro realitinya, oil n gas sector ni lubuk org buat duit. Bayangkan bolt n nut (skru ler...) yg boleh beli kat hardware rm4.5 diorang supply kat petronas rm90. Beribu kaliganda tuuu... Ada company yg jadi org tengah je supply barang kat petronas, bukan ada product ponn, millionaire tokey dia.. Islam x bagi meniaga cara ni, dah kira riba. Tu la sebab yg kaya makin kaya, yg cukup2 makan mcm gua ni makin tercungap2 nak bernafas. Sebabnya kos memproses minyak meningkat dan harga minyak pasaran meningkat. Macam kes rasuahla, developer bagi rasuah kat authority, nak cover balik modal rasuah dia, naikkanla harga rumah dia.. yg tersepit pembeli...

Pastu pulak gaji professional di oil n gas ni, gila beb... Gaji gua lima tahun sama gaji dia sebulan je.. Mcmmcm lagi costing2 oil n gas ni yg x masuk akal. Tapi benda ni semua dah x bleh nak kontrol. Kalau semua ikut berniaga cara islam, xkan ada billionare atau millionaire dan bila xde golongan ni, xkan adanyer harga barang yg melampau2 sebab semua orang kemampuannya lebih kurang.

Kembali kepada sistem islam, biarpun org kafir xsuka, tapi hasilnya nanti mereka pasti suka. Maksud aku sistem islam sebenar, bukannya sistem Islam PAS yg penuh kebencian dan berbolak-balik mengikut dasar terkini mereka.

Checkmate !!!