Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Wednesday, June 15, 2011

Terkini: Video Skandal Seks Mat Sabu untungkan DAP ?


Penyebaran video seks terbaru yang dikaitkan dengan  Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu boleh disifatkan permainan politik sesama sendiri di kalangan parti pembangkang dalam usaha untuk menonjolkan diri mereka sebagai “Big Brother’.
Bekas Setiausaha Agung PKR, Anuar Shaari berkata perkara itu ada kemungkinan kerana PKR sebelum ini sudah terpalit dengan skandal Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Pas pula, dikaitkan dengan Mohamad Sabu.
Justeru bagi beliau, tuduhan sesetengah pihak kononnya UMNO terlibat dalam penyebaran video berkenaan umpama ‘lempar batu sembunyi tangan’ yang mana mereka mempunyai agenda sendiri.
“Jika sebelum ini mereka menuduh UMNO terlibat dalam penyebaran video berkenaan, apakah kita tidak boleh membuat tuduhan sama bahawa DAP terlibat berhubung perkara itu.
“Mungkin DAP mahu menonjolkan bahawa mereka adalah ‘Big Brother’ kerana Anwar liabiliti kepada PKR, manakala kisah silam Mohamad Sabu pula libiliti kepada Pas. Jadi,  jika ini benar-benar berlaku siapakah yang untung…Bukankah DAP,” soalnya.
Baru-baru ini Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin  membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan Pas.
Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad – yang baru dipilih sebagai timbalan presiden Pas yang baru – dengan judul ‘Skandal Seks Mat Sabu’.
Zuraida mendakwa terdapat penglibatan UMNO  dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.
Anuar seterusnya menambah, kerjasama politik yang dibina oleh pakatan pembangkang sebenarnya bertujuan untuk menumbangkan UMNO semata-mata, namun masing-masing mempunyai keinginan untuk menonjolkan siapakah antara mereka yang bersih dan hebat.
Sebab itulah ujar beliau, perkara-perkara yang melibatkan parti pembangkang masih diragui khususnya isu-isu yang melingkari kepimpinan mereka.
“Kita kena fikir semua itu…Dalam politik semua boleh terjadi dan bukannya semua perkara mustahil. Politik tikam belakang bukanlah asing bagi pakatan pembangkang kerana matlamat mereka hanya untuk tumbangkan BN dan dari segi struktur pemerintahan, mungkin ada yang nafsu besar.
“Justeru masing-masing kena bijak dan pelbagai strategi akan digunakan. Bagi saya tidak mustahil perkara itu dilakukan oleh sekutu Pas sendiri di dalam pakatan pembangkang,“ katanya. - MediaUMNO

RT- Pelbagai strategi diatur sesama mereka (DAP, PKR & PAS) termasuk tikam belakang bagi memastikan parti mereka menjadi tampuk memegang jawatan Perdana Menteri jika menang PRU.... Masing-masing dah bernafsu besar & sama gelojoh macam Bung Nuar Berahi !!!

Checkmate !!!