Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Monday, August 8, 2011

Wajib Baca: Artikel terbaik tentang isu Kristianisasi !!!

Isu Kristianisasi atau cubaan memurtadkan umat Islam bukanlah satu isu baru. Semalam, beberapa akhbar melaporkan tentang kegiatan kristianisasi di daerah Petaling Jaya. Petaling Jaya sememangnya diketahui antara tempat gejala berkenaan berleluasa.

SJ pernah diberitahu terdapat gereja di daerah itu yang mengedarkan makanan tengahari secara percuma kepada penghantar surat (mat despatch).

  Malahan kawasan Petaling Jaya juga merupakan tempat berkumpulnya golongan berfahaman Islam Liberal seperti Sister In Islam (SIS) dan golongan anti-hadis. Maka tidaklah menghairankan bila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak atas amanah untuk menjaga akidah umat Islam khususnya di negeri Selangor.

Malaysiakini pada hari ini telah mengeluarkan satu artikel berbentuk provokasi bertajuk “When Will The Christian Bashing End?” (http://www.malaysiakini.com/news/172215)
Ingin saya tegaskan, tindakan JAIS tersebut bukanlah menidakkan kebebasan beragama di negara kita sebagaimana kandungan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan :

Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

Tetapi JAIS bertindak sebagaimana jelas di dalam Artikel 11(1) di atas yang menyebutkan ‘tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya’. Apakah kandungan Fasal (4) berkenaan?  Untuk pengetahuan pembaca, yang dimaksudkan dengan Fasal (4) tersebut ialah Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan :
Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.
 

Di sini, kita dapati bahawa tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan peruntukkan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita juga mendapati, sekalipun hukum hudud belum terlaksana di negara ini, namun peruntukkan Perlembagaan telah menetapkan ruang perundangan untuk pihak berkuasa hal ehwal agama Islam mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keutuhan akidah ummah.

SJ melihat peruntukkan Artikel 11(4) ini mempunyai hikmah yang significant dengan pelaksanaan dakwah islamiyyah, serta hukuman qisas dan takzir di mana ulama berpendapat seseorang yang terlibat dengan gejala murtad tidak terus dijatuhi hukuman hudud tetapi hendaklah didakwahkan dan diperbetulkan akidahnya agar kembali kepada agama Islam yang suci. 

Maka yakinilah bahawa Datuk Hasan Ali dan JAIS telah melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan ajaran Islam.
Anehnya, ada sebilangan umat Islam sendiri yang mengherdik dan menghentam tindakan JAIS, malah lebih parah lagi turut mengutuk Datuk Hasan Ali dengan pelbagai lemparan fitnah serta tomahan.

  

Antaranya ialah Dato’ Khalid Samad ahli Parlimen Shah Alam yang sebelum ini pernah menyokong tuntutan gereja Kristian menggunakan kalimah ALLAH dan mendesak Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan pengedaran kitab Bible berbahasa Melayu di negara ini. Laporan Malaysia Insider bertarikh 5 Ogos 2011 (sila rujuk di sini dan di sini ) melaporkan Khalid sebagai berkata kenyataan Datuk Hasan Ali hanya pandangan peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS.

Dari kenyataan rasmi Datuk Hasan Ali, dan kata-kata Dato’ Khalid Samad itu, kita dapat menilai bahawa Datuk Hasan Ali berpendirian menyelamatkan akidah ummah manakala Dato’ Khalid Samad yang lebih membawa pendirian PAS bermaksud PAS berpendirian untuk mempertahankan gejala kristianisasi di Malaysia khususnya di negeri Selangor.
Sebenarnya saudara, perbandingan yang dibuat oleh Dato’ Khalid Samad yang menyebut hadis Rasulullah s.a.w semasa peperangan agar tidak menyerbu tempat ibadah berada di luar konteks. Jika diteliti kembali, Rasulullah s.a.w berpesan agar tidak merosakkan tempat ibadah bukan Islam dan tidak bertindak ke atas golongan bukan Islam yang berada dalam rumah ibadah mereka.
Ternyata bahawa tindakan JAIS memasuki serta membuat pemeriksaan di Dream Center tempoh hari setelah berbincang dengan pihak penganjur yang mana dikatakan pihak penganjur tersebut adalah orang Islam juga (klik di sini )! Tahukah anda, pihak penganjur dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kerap berdalih, sekejap mengatakan bahawa itu adalah gereja dan kemudiannya mengatakan ia hanya satu pusat komuniti sahaja. Tambahan pula, setelah semakan dibuat dengan MPPJ, didapati TIADA GEREJA di seksyen itu!! Ini bermaksud DUMC boleh dikatakan sebagai ‘gereja hantu’.
 
Maka terbuktilah JAIS tidak merosakkan gereja dan tidak mengapa-apakan orang bukan Islam, tetapi sebaliknya bertindak ke atas orang Islam yang berada di dalam premis berkenaan. Ini membuktikan JAIS tidak menyalahi hadis Rasulullah s.a.w dan terbukti juga bahawa Khalid Samad telah memperguna, mempermain, dan memperkotak-katikkan hadis Nabi Muhammad s.a.w untuk tujuan bersekongkol bersama pihak gereja!

Kisah Perdana Menteri Malaysia bertemu Pope Benedict di Vatican City seperti yang dinyatakan Khalid juga berada di luar konteks kerana Perdana Menteri bertemu Pope Benedict dalam usaha membincangkan isu keamanan sejagat dan bukannya menghadiri suatu majlis yang bertujuan memesongkan akidah ummat seperti mana yang dihadiri oleh orang Islam di Dream Center terbabit.
 

Perlakuan memperolok ayat al-Quran dan hadis secara literal dan di luar konteks sememangnya menjadi mainan golongan liberal dalam rangka memesongkan umat IslamProf. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin juga nampaknya lebih pro kepada misi kritianisasi dan menyalahkan pihak berkuasa (sila baca di sini). Dr.MAZA seringkali menghentam orang dengan cara menangguk di air keruh. Apa yang dinyatakan oleh MAZA juga berada di luar konteks, kerana JAIS dan Datuk Hasan Ali bercakap tentang masalah pemurtadan, tetapi beliau bercakap tentang halal haram bantuan dan pengagihan zakat.  

Lupakah kita bahawa pengagihan zakat perlu melihat kepada asnaf dan perkara ini mesti diteliti serta dilakukan secara terperinci, bukan ‘semua minta semua dapat’.  

Apakah selama beliau menjadi mufti Perlis dahulu telah menjadikan umat Islam Perlis makmur dengan agihan zakat sehingga tiada rakyat miskin sepertimana ketika zaman Umar ibnu Aziz? Mungkinkah MAZA bersuara atas faktor dendam terhadap penangkapan beliau oleh JAIS di Ampang dahulu? Dan mengapa MAZA tidak pula mahu menilai sama ada perlakuan orang Islam menganjurkan program di ‘gereja’ dan makan malam bersama dalam majlis pemesongan akidah sebagai suatu sunnah ataupun bidaah? (sebagaimana yang sering beliau lakukan ke atas pelbagai perkara).

Adapun kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada, juga menjauhi individu-individu sedemikian. Sebagai umat Islam, marilah kita merapatkan saf dan memberi sepenuh sokongan kepada JAIS dan Datuk Hasan Ali yang tetap teguh menyelamatkan akidah umat biarpun dihina oleh ‘kawan’ sendiri.
Salah satu kaedah Islam ialah mencegah kemungkaran dengan ‘tangan’, sebagaimana terdapat di dalam hadis soheh, hadis no:34 dari kitab hadis 40 oleh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi, dari Abu Said al-Khudri r.a, berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman.” – [Diriwayatkan oleh Imam Muslim #49]
Datuk Hasan Ali dan JAIS telah bertindak selaras dengan hadis di atas. Wallahualam.

COPY & PASTE dari http://suarajagat.wordpress.com/

1 comment:

Anonymous said...

Yg JAIS serbu tu kat Section 13 PJ ... bukan kat Damansara Utama ... kat Sec13 ni ade sekurang-kurangnya 3 buah gereja ... yg bangunannya tak nampak pun macam gereja ... sampai guard yg diambil pun org Melayu.

Aneh nya Sec13 ni tak de masjid ... mesjid terdekat di Sec14 ... mesjid bulat.

FYI

Checkmate !!!