Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Friday, September 9, 2011

Gerakan radikal mahu semua Melayu jadi Kristian ?

Oleh Zaini Hassan

DUA hari sebelum hari raya baru-baru ini saya menerima sepucuk surat. Ia dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan juga saya.

Surat itu datangnya daripada seorang yang menggelar dirinya India Muslim (tak perlu saya nyatakan namanya) dari Johor Bahru.

Ia mengenai satu kegiatan gereja radikal dari Singapura yang mula menjalankan dakwahnya di tanah Semenanjung, iaitu di negeri kelahiran Menteri Dalam Negeri itu sendiri, Johor.

Dikepilkan juga satu surat bercop URGENT (Segera) untuk perhatian Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Tajuk surat dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: Gereja baru di JB untuk memurtadkan orang Islam.

Gereja itu menjalankan kegiatan agama dan mesyuarat penyebaran dakwahnya (evangelistic meeting) di sebuah hotel (tak perlu saya sebut hotel mana kerana KDN dan Majlis Agama sudah tahu) di Johor Bahru setiap pagi Ahad.

Gerakan ini ialah lanjutan daripada sebuah gereja radikal di Singapura, Victory Family Centre (VFC) (juga dikenali sebelumnya sebagai Calvary Charismatic Centre (CCC) pada 1990-an).

Menurut surat itu, pengasas VFC Singapura ialah Rev. Dr. Rick Seaward (rakyat Singapura berbangsa Amerika) ialah seorang paderi yang radikal dan agresif berdakwah ke atas orang Islam.

Paderi kepada gerakan di JB itu ialah Paderi Jeremy Seaward, anak kepada pengasas VFC Singapura itu. Surat itu mendakwa, misi mereka ialah menubuhkan pusat itu di JB dan visinya untuk melebarkan kerja-kerja dakwah, khususnya kepada orang Islam di seluruh Malaysia.

Gereja VFC itu menukar namanya daripada CCC pada 1990-an setelah kerajaan Singapura menumpaskan kegiatan dakwah mereka atau evangelikal secara radikal terhadap orang Islam, yang dikhuatiri akan mengganggu keharmonian beragama di negara pulau itu.

Kerajaan Singapura kemudian mengeluarkan satu Kertas Putih (White Paper) yang menyebut Rev. Rick Seaward sebagai punca mengapa Singapura perlu meluluskan satu undang-undang baru yang berbunyi: ‘‘Akta Memelihara Keharmonian Beragama’' (The Maintenance of Religious Harmony Act).

Akhbar Straits Times bertarikh 30 Disember 1989 di muka 24 menulis berita bertajuk Stopping the over-zealous before they cause strife (Hentikan ketaksuban sebelum ia cetuskan persengketaan), yang dipetik daripada Kertas Putih bertajuk Memelihara Keharmonian Beragama.

Berita Straits Times itu berbunyi: ‘‘Kerajaan telah dari masa ke masa bertindak untuk menghalang perbalahan antara kumpulan agama, terutama antara orang Kristian dan Islam. Pada 1986, ISD (Jabatan Dalam Negeri Singapura) telah memanggil pemimpin 11 pertubuhan Kristian yang menjalankan gerakan dakwah terhadap orang Islam, untuk menasihati mereka menghindari daripada kegiatan yang boleh mencetuskan salah faham atau konflik.

“Sebahagian tidak mengendahkan nasihat itu. Paderi kanan Calvary Charismatic Centre (CCC), Rev. Rick Seaward, kemudian dipetik sebagai berkata bahawa CCC mahu ‘semua Melayu menjadi Kristian’'. Dalam khutbahnya yang berapi-api pada Ogos 1987, Seaward mengisytiharkan bahawa ‘Ancaman terbesar kepada agama Kristian... kepada semua manusia, bukannya komunisme tapi Islam’', dan Singapura satu hari akan menjadi negara Kristian, dan tugas khas Tuhan untuk orang Singapura ialah menghantar mereka menyebarkan ajaran Injil ke negara lain...”

Akhir kalam, kisah ini patut dijadikan teladan. Singapura telah mengambil langkah yang cukup berkesan. Jika wujud kebenaran daripada surat ini, pihak berkuasa kita harus siasat sedalam-dalamnya dan ambillah tindakan sebelum ia boleh mencetuskan huru-hara.

Mat Sabu sepatutnya memperjuangkan hal ini, bukannya menyemai kembali semangat komunisme!

Sumber  - UM

1 comment:

mae1000 said...

Kristian makin berani kerana mereka tahu PAS/PKR mengamalkan kebebasan beraqidah bagi orang Melayu. Tindakan mereka mendakwah orang Melayu pasti mendapat sokongan PAS/PKR. UMNO pun jadi takut bertindak kerana ragu-ragu kalau-kalau trend bebas beraqidah ini memang trend yang dipegang oleh orang Melayu sekarang.

Checkmate !!!