Jom ke Putrajaya (23-27 Mei 2012). Bersama mencipta sejarah kegemilangan negara !!

Isu Israel: Blogger Pro Anwar yakin PAS tak berani keluar Pakatan !!



Blogger pro Anwar juga dengan yakinnya menyuruh TG Nik Aziz untuk segera memohon maaf kepada pemimpin suci mereka.
.............................................................................................
SEJAK semalam, penulis menerima pelbagai respon lanjutan dari penyiaran artikel mengecam tindakan PAS mengeluarkan surat penjelasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari.
Hasil dari semua respon tersebut, penulis insaf bahawa keputusan mengecam tindakan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulama berhubung dengan perkara di atas adalah perkara yang wajar dilakukan demi memastikan keutuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen politik yang bakal menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan di negara ini.
Walaupun dalam masa yang sama kecaman itu agak pahit untuk diterima sesetengah pihak tapi laman ini berpendapat ia adalah perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat yang lebih besar.
Ramai orang bertanya kepada penulis, apakah agaknya tindakan Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama PAS jika Anwar enggan menjawab surat penjelasan tersebut? Adakah PAS akan bertindak keluar dari Pakatan Rakyat?
Penulis tidak rasa PAS punya keberanian untuk mengambil keputusan sedemikian kerana kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat ini telah dibuktikan terlalu bernilai untuk dilepaskan oleh PAS.
Tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak mungkin berjaya meletakkan seorang pemimpinnya sebagai Menteri Besar Perak dan memegang portfolio penting dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Banyak pihak melihat tindakan Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama mengeluarkan surat penjelasan itu tidak akan membawa PAS kemana-mana. Seperti diterangkan semalam, Anwar tidak punya keperluan untuk menjawab surat penjelasan tersebut kerana beliau bukan ahli PAS dan dengan itu tidak tertakluk kepada sebarang keputusan oleh Majlis Syura Ulamanya.
Berita baik untuk PAS, setakat ini penulis tidak membaca atau mendengar lagi Datuk Seri Anwar mengeluarkan sebarang respon keras terhadap keputusan Nik Aziz dan Majlis Syura Ulamanya itu. Ini sesuai dengan keperibadian beliau sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang tidak mudah melatah dengan hal-hal demikian.
Demi perpaduan dalam Pakatan Rakyat, penulis menggesa Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama PAS memohon maaf kepada Anwar dengan kadar yang segera. Hal ini tidak sepatutnya diperbesarkan lagi kerana penjelasan demi penjelasan telah diberikan Anwar melalui pelbagai saluran media dalam Pakatan Rakyat.
Jika Nik Aziz gagal mengemukakan permohonan maaf kepada Anwar, penulis menggesa PAS mengambil tindakan sewajarnya ke atas Nik Aziz, walaupun penulis sedar kedudukkannya sebagai Mursyidul Am kelihatan agak ’mustahil untuk disentuh’.
Penulis bukan mencadang tapi sekadar mengingatkan sahaja, jika PAS boleh ‘melanggar’ semua peraturan disiplin parti tersebut untuk menyingkirkan Datuk Dr. Hasan Ali dengan serta merta kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik Anwar dan kes fitnah liwat yang dihadapinya, kenapa tidak pemimpin lain PAS yang mengambil tindakan yang hampir sama?

1 comments:

praha2 said...

kalo pas anak jantan, kelaur dari pr. kalo tak sebulu dongan sipeliwat tu tontang palestine manakalo sipeliwat pulo menyokong Israel eden challange pas keluar dari pr.

Blog Raktra @Facebook

RAKTRA.COM

UMNO Online

Checkmate !!!

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.