Jom ke Putrajaya (23-27 Mei 2012). Bersama mencipta sejarah kegemilangan negara !!

PAS bengang PKR mainkan lagu Scorpion, ‘Wind of Change’ sambut Anwar!!!

Ramai juga ahli PAS yang hadir ke Majlis Penerangan di Sri Gombak berasa kecewa dan dipermainkan oleh petugas PKR. Sudah diingatkan oleh pimpinan PAS Gombak; tidak perlu ada sebarang muzik dan arahan untuk berdiri ketika Anwar sampai ke dewan ceramah. Ahli PAS kebanyakannya tidak selesa dengan layanan luar biasa istimewa sejak Anwar dikatakan bebas daripada tuduhan sodomi ini.

Ramai ahli PAS tak berapa setuju untuk memainkan lagu Scorpion, ‘Wind of Change’ sepanjang Anwar masuk ke dalam dewan. Pertama, PAS tidak selesa dengan penggunaan lagu yang entah tidak tahu apa asal usulnya. Kedua, mereka juga tak setuju Anwar perlu dilayan sebagai seorang ulama’ dalam majlis yang sedemikian sifatnya. Kalau diperhatikan, ratusan mereka yang berkopiah putih beransur meninggalkan majlis selepas Anwar tiba. Mereka tak boleh terima kaedah MENDEWAKAN Anwar sampai demikian rupa.

Apa yang berlaku sama sekali membayangkan bahawa PKR tidak ambil berat dengan rintihan orang PAS. Rakaman kaedah MENDEWAKAN Anwar ini boleh dilihat di dalam mobtv. Ianya jelas membayangkan teknik ‘pop-culture’ diperlukan bagi meletakkan Anwar sebagai ikon.

Walaupun majlis sama dihadiri oleh ramai penyokong PAS, ustaz, ustazah, agamawan – Anwar tak peduli; dia tetap mahukan sesuatu yang boleh meletakkan dirinya sebagai IKON kepada majlis tersebut.
Ramai ahli PAS rasa tak puas hati. Selepas berdoa dan sebagainya, apa perlunya lagu Scorpion dimainkan dengan kuat dan seakan menghina kehadiran guru-guru agama. Kalau macam ini cara PKR layan PAS; mereka kecewa dan amat kecil hati.

Penjelasan Anwar, Md Nor Manuty – mengenai isu Israel juga tidak jelas. Banyak yang masih menjadi tanda tanya.

0 comments:

Blog Raktra @Facebook

RAKTRA.COM

UMNO Online

Checkmate !!!

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.