Jom ke Putrajaya (23-27 Mei 2012). Bersama mencipta sejarah kegemilangan negara !!

Samanlah nak saman!!! Dia kata kita kafir takpe - MB Terengganu

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said enggan tunduk kepada desakan Pas yang memberi tempoh tiga hari agar beliau menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ‘parti ajaran sesat’.

Malah, Ahmad bersedia disaman oleh Pas berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Beliau tidak sesekali gentar dengan desakan parti tersebut kerana yakin dakwaan terhadap Pas itu mempunyai kebenaran berdasarkan banyak bukti kukuh.

“Ikut pandai dia lah (terserah pada Pas), saya tunggu (bila Pas akan saman). Saya tak akan tarik balik.

“Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah. Tapi dia kata kita (BN dan UMNO) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di daerah ini hari ini.

Ahmad diminta mengulas mengenai pendiriannya berhubung desakan Pas agar beliau menarik balik kenyataannya selepas melabelkan Pas ‘parti ajaran sesat’.

Minggu lalu, Pas memberi tempoh tiga hari kepada Ahmad agar menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan ‘parti ajaran sesat’.

Amaran itu dinyatakan Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik bahawa sekiranya dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataannya, parti itu akan mengambil tindakan terhadapnya.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, penyelewengan dan kesesatan yang dibawa Pas terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Bukti jelas dan nyata, kata beliau, adalah ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah Pas berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub,” tegasnya.

Sumber: UM

2 comments:

Anonymous said...

memang pun Parti Ajaran Sesat, satu-satunya parti yang boleh menjamin masuk syurga....

agak2 tak payah amal ibadat lah tu yer... pangkah jer pas dah dapat tiket express! tak caya? tunggu PRU nanti mesti kluar slogan ni!

Otak geliga said...

TEPAT sekali apa yg dikatakan MB Ganu ni....cayalah DAS!.....kita lawan kerana kita berada dipihak BENAR!!...rrakyat Malaysia bersamamu

Blog Raktra @Facebook

RAKTRA.COM

UMNO Online

Checkmate !!!

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.