Jom ke Putrajaya (23-27 Mei 2012). Bersama mencipta sejarah kegemilangan negara !!

HOT: Kisah Anwar menangis di Islamabad...

Ibu pejabat PKR semalam senyap sunyi bila menerima panggilan telefon daripada ISLAMABAD. Di kalangan pegawai tertinggi ibupejabat, penjawat jawatan parti diminta masuk ke dalam meeting dan mendengar beberapa arahan terbaru langsung dari Pakistan. Sebelum itu, Anwar memberikan sedikit gambaran tentang apa yang berlaku di sana, apa yang telah dicakap, siapa yang telah ditemui – dan semua ini perlu di spin oleh kalangan penggerak sosial media PKR. Nik Nazmi tunduk dan membuat catatan.

Selepas itu, Anwar menyebutkan tentang beberapa perkara.

1. Tindakan cubaan menyuap pihak hotel di Kuantan disentuh oleh Anwar dengan panjang lebar. Pihak ibupejabat sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak membuat tawaran secara terbuka begitu. Kita tidak tahu siapa musuh yang berada di kalangan pekerja hotel.

2. Arahan Anwar agar PKR Pahang melakukan usaha ‘damage control’ di kawasan sekitar Kuantan. Kejayaan Himpunan Hijau sedikit sebanyak terganggu oleh insiden Ustaz Badrul Amin. Ini kita kena akui, kata Anwar.
3. Jangan ulang kesilapan bodoh – salah bangunan di Singapura (kes NFC). Dalam pada kita mencari kelemahan dan penipuan orang, jangan membuka pekung dan masalah sendiri. Pastikan info. Selidik maklumat. Semua mesti ‘water-tight’. Jangan main serkap jarang. Rafizi tunduk dan mohon maaf melalui talian. Nyatakan bahawa dia menerima email oleh seorang rakan di PAP mengenai perkara itu. Sewajarnyanya double check info sebelum membuat sidang akhbar. Anwar sangat tegas bab ini. Integriti kes NFC tidak boleh diambil sambil lewa. Ini BULLET utama PKR untuk pilihanraya, tegas Anwar.

4. Saifuddin Nasution – rujuk dan check semula tarikh surat Tun kepada Israel. Selidik secara terperinci. Bandingkan dengan dokumen yang kita ada. Apakah benar isi surat seperti yang telah ditulis oleh Tun.

5. Saifuddin Nasution – atur mesyuarat bersama Phahrolazi (Kedah) dan beberapa orang lain di dalam PAS Kedah. Tertutup. Anwar mahu memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah dalam PAS Kedah. Sekadar menjalankan permintaan TG Nik Aziz.

6. Minta ABIM buat kenyataan mengenai politik ganas UMNO/BN. Talian dihentikan. Semua bersurai kecuali Nik Nazmi, Rafizi, Radin dan Saifuddin. Tak tahu apa yang dibincangkan.

Nada yang digunakan Anwar memang tinggi dan sangat kecewa.

Sumber: GA

0 comments:

Blog Raktra @Facebook

RAKTRA.COM

UMNO Online

Checkmate !!!

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.