Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Thursday, May 17, 2012

GEMPAR: Kisah Wan Azizah menangis merayu pada PM terbongkar !!!

Pendedahan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor tentang cubaan bekas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha masuk semula UMNO selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, tentunya berita yang tidak mengembirakan Ketua Umum PKR buat masa sekarang.

Tentunya pendedahan sebegini dari bekas anak didik politiknya sendiri akan memancarkan sikap pengamalan politik negatif Anwar, iaitu politik menghalalkan cara, politik dua alam yakni depan lain, belakang lain.

Di satu pihak, Anwar memberitahu para penyokongnya supaya berkerja keras mengadu domba membenci UMNO untuk masuk ke Putrajaya, tetapi di satu pihak lain, Anwar memberitahu inner circlenya untuk menyusun strategi bagi membolehkannya memasuki UMNO untuk menawan Putrajaya.

Ezam dalam ceramah TIBAI di Taman Pinggiran, Gombak, 10 Mei mendedahkan Anwar kini berada dalam keadaan yang sangat terdesak, sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Masuk UMNO

Kemudian dalam ceramah TIBAI di Kampung Pasir Tambahan, Ampang, Selangor, 12 Mei, Ezam terus mengasak Anwar dengan mendedahkan Ketua Umum PKR itu pernah merayu kepada bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula.

Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM.

Katanya, tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas PM tersebut adalah usaha terakhirnya untuk menggagalkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus memegang tampuk kerajaan di negara ini.

“Saya ada bukti kukuh untuk kejadian ini. Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib.

“Kenapa beliau lakukan ini? Kerana Anwar tahu PM kita cerdik, cekap dan antara pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan terkutuknya sewaktu dalam kerajaan,” katanya.

Dalam pendedahan itu, Ezam juga turut mendedahkan, pernah membawa seorang rakan ulama Pak Lah dari Pesantren Sunan Drajat, Surabaya, Indonesia bagi memujuk bekas Perdana Menteri itu meletakkannya di peringkat tertinggi dalam UMNO.

“Saya juga yang membawa Anwar pergi ke pesantren di Surabaya itu untuk memujuk kiyai berkenaan datang ke Malaysia iaitu di Seri Perdana yang ketika itu kediaman Pak Lah.

“Anwar memujuk kiyai itu agar berbohong kepada Pak Lah kononnya telah mendapat satu mimpi mengatakan Anwar paling layak menjadi pengganti Pak Lah, tetapi dengan izin Tuhan, Pak Lah tidak berkesempatan berjumpa kiyai terbabit,” katanya.

Azizah Jadi Saksi

Untuk mengukuhkan dakwaannya, Ezam menjadikan isteri Anwar sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai saksi utama.

Katanya, beliau bersama Azizah telah pergi bertemu sendiri dengan Pak Lah di pejabat PM suatu ketika dahulu bagi menyatakan hasrat yang sama.

“Saya yang membawa Wan Azizah dan tiga anaknya ‘panjat’ pejabat PM itu. Ketika itu, Anwar masih di dalam penjara dan pada waktu itu juga Abdullah baru menjadi PM.

“Wan Azizah ketika itu merayu sampai menitiskan air mata. Anda boleh tanya Wan Azizah perkara ini betul atau tidak, kalau dia kata bohong, saya sanggup sumpah di mana-mana sahaja masjid atau surau,” katanya.

Dari pendedahan Ezam di atas, terdapat tiga episod peristiwa yang berlainan tarikh tetapi mempunyai matlamat yang sama.

Pertama; episod Ezam dan Azizah jumpa Pak Lah, ketika Anwar masih dalam penjara Sungai Buloh.

Kedua; episod Ezam bersama Anwar memujuk seorang kiyai dari Surabaya untuk menjadi orang perantara dengan Pak Lah untuk membawa masuk Anwar ke dalam UMNO.

Kejadian itu berlaku, ketika Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh dan Najib baru dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ketiga; episod Anwar bersama Azizah jumpa Pak Lah merayu untuk bawa masuk UMNO semula bagi menyekat pengaruh Najib dari terus menjadi PM.

Kejadian itu berlaku seminggu sebelum Pak Lah meletakkan jawatan sebagai PM dan Najib bakal menggantikannya.

Sudah tentu, ketiga-tiga episod di atas mempunyai maknanya yang tersendiri.

Anwar Jumpa Pak Lah Di Hulu Langat

Pada 11 Mac 2009, portal Malaysiakini melaporkan Anwar jumpa Pak Lah di Madrasah Nurul Iman, kepunyaan Syeikh Mahmud al-Majzub, Hulu Langat selama 20 minit.

“Dalam pertemuan tertutup itu, Anwar membangkitkan kemampuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggantikan Abdullah,” lapor Malaysiakini.

Anwar ketika itu begitu ghairah dengan pertemuan itu yang dilihat sebagai satu usaha terancang mahu menghebahkannya kepada umum.

“Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

“Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!..Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba.

“Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen,” tulis Anwar di laman peribadinya, anwaribrahimblog.

Malah, ketika di Parlimen ketika itu, wartawan pernah melaporkan, Anwar begitu ghairah untuk memberitahu mereka tentang pertemuan itu walaupun soalan itu tidak pernah ditanya.


Sumber: AIDC

5 comments:

Cakar Rimau said...

Tiada satu pun yang dilakukannya untuk Rakyat.

Kesemuanya adalah un tuk melepaskan temoloknya untuk jadi Perdana Menteri.

Rakyat bukan bodoh sangat. Bila kebenaran telah terbukti, maka sampailah masa untuk disungkurkan.

Ku Jeng YM Ku Pias said...

Tidak dinafikan beliau seorang yg baik..apakan daya hanya jodoh mengatasi segala-galanya...ntuk menjadi isteri yg menderhaka... jauh samasekali...terpaksalah telan apa jua tohmahan,cacian,kutukan akibat kerakusan seorang manusia yg dilihat alim ternyata tidak....ANWAR TIDAK MEMPUNYAI PERTIMBANGAN YG BIJAK TATKALA SEDIA MENGHERETKAN SAMA ISTERI DAN ANAKNYA BERGELUMANG DIDALAM KEAIBAN SAMADA BENAR ATAU FITNAH...KEWAJIPAN BELIAU MELINDUNGI MARUAH ISTERINYA....INILAH DIA DS ANWAR IBRAHIM SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN CITA2 NTUK MELAKUKAN SESUATU YG LEBIH DASYAT LG TERCAPAI

Anonymous said...

Kecian Kak Jijah..huhu! dapat laki gila sex.. gila kuasa.. gila jantan.. gila betina.. gila segalanya!
Kesetiannya tak bertempat.. huhu!

Anonymous said...

Betapa tak malunyer muka si lahanat nie nk jd PM...ptuiiii..

Anonymous said...

Manusia hipokrit saja sanggup bersengkokol dengan Zionis......

Checkmate !!!