Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Friday, January 25, 2013

PRU13| UMNO Terengganu sedia letak calon Wanita


UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu bersedia meletakkan calon wanita dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 di kawasan-kawasan tertentu jika senario politik semasa di negeri itu mengizinkan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said mengakui dari segi keupayaan, sememangnya terdapat mereka yang berwibawa dan berkemampuan untuk diketengahkan bagi memastikan kemenangan.

"Kita tiada masalah tentang calon wanita kerana mereka layak untuk memegang jawatan, sebab itu, dua orang dalam kalangan wanita dilantik menjadi senator di negeri ini.

"Itu sebagai tanda penghargaan kita kepada golongan wanita yang sangat berwibawa malah di Terengganu juga wanita merupakan pemegang jawatan pegawai tadbir paling ramai jika dibandingkan negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Wanita Islam Kemaman di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130125/px_02/BN-Terengganu-sedia-letak-calon-wanita---Ahmad#ixzz2IymcLBZR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

PenganutPAS said...

Dah naik muak dah dengar persoalan pasal calon PRU ni .

Kat kedai kopi tak terkata lah . Macam2 teori dikeluarkan . Teori plak bukannya strategi nak mengalahkan pihak lawan . Tapi lebih kepada percaturan siapa yang patut jadi calon .

Bukak lah mata sikit . Pembangkang nak rampas Kuala Nerus dan Dungun . Cuba soal apa yang cawangan di kedua2 parlimen ni buat ?? Contoh Kuala Nerus dengan Bahagian buat aktiviti yang bukan sedikit belanja , pemimpin di Cawangan masih lagi dengan sifat lembu kenyang . Mana aktiviti untuk menarik undi di Cawangan ?????

Bila lah Umno nak berubah agaknya ??? Jika dilihat perkembangan di Cawangan2 tidak mengejutkan jika BN mungkin akan kalah nipis PRU13 ni .

bankitlah orang UMNO !!!!!!

RAKTRA.COM

UMNO Online

Checkmate !!!

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.