
Bagaikan ada 2 rumah; sebuah rumah ialah banglo besar dan selesa manakala satu lagi rumah kecil dan tidak selesa. UMNO yang sudah memerintah lebih 50 tahun umpama rumah besar yang dihuni terlalu ramai penghuni. Penghuninya terdiri imam, jurutera, guru dan ramai lagi. Namun didapati hampir separuh penghuni dalam rumah besar itu merupakan pengganggur, penagih dadah dan pencuri yang suka mengambil kesempatan terhadap ahli dalam rumah itu. Yang lebih malang golongan inilah hampir menguasai rumah ini walaupun masih tidak sepenuhnya.
Di sebelah rumah ini, terdiri sebuah kecil yang masih kosong. Walaupun sempit namun rumah ini masih muat untuk dihuni. Dalam masa yang sama, masih terdapat beratus-ratus cerdik pandai dan jujur yang berminat untuk menghuni rumah besar itu. Walau bagaimanapun rumah besar yang tidak mampu lagi memuatkan penghuni lagi. Akhirnya, makin ramai golongan cerdik pandai dan jujur ini mengambil keputusan untuk menghuni rumah kecil tadi.
Setelah rumah besar itu makin berkecamuk, ketuanya cuba untuk menyelesaikan masalah. Namun masalah itu makin rumit apabila golongan pengganggur, penagih dadah dan pencuri yang suka mengambil kesempatan terhadap ahli dalam rumah itu tidak mahu berganjak dan terus mahu kekal menghuni rumah itu walaupun tahu mereka tidak layak untuk terus berada di rumah besar itu.
Akhirnya, akibat tak tahan makin ramai imam, jurutera dan guru yang berada di rumah besar itu berhajat untuk berpindah ke rumah kecil jika keadaan masih belum dapat di selesaikan.
Rumah besar itu sebenarnya patut dihuni oleh orang yang layak sahaja. Namun keadaan dan masa telah menghuru-harakan rumah itu. Jadi apakah jalan penyelesaiannya... Rumah besar itu harus di selamatkan. Masih ramai yang cerdik pandai dan jujur masih serta layak berada diluar. Adakah golongan ini patut menghuni rumah kecil yang tidak selesa ? Sedangkan golongan yang layak dan merosakkan terus berada dengan selesanya di rumah besar itu.
APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA UNTUK MENYELAMATKAN RUMAH BESAR ITU ?.... Adakah rumah besar itu patut dikosongkan semula ? dan pemilihan yang layak dibuat semula. Atau dibiarkan rumah besar itu musnah begitu sahaja. DAN semua yang layak, jujur dan bertauliah berpindah dan membina bersama rumah kecil itu bagi menggantikan rumah besar yang selesa... Aku pun tak tahu jawapannya...
BERUBAH SEBELUM REBAH. ATAU BERSEDIA UNTUK DIGANTIKAN JIKA TIDAK BERUBAH.



