RakTra @Rakyat Tranung @Facebook

Checkmate !!!

Blog Pemimpin Ulung Rakyat Tranung

Perarakan terbesar negara !!!

Perhimpunan berjaya menghimpunkan sejumlah 40,000 peserta mencipta sejarah sebagai antara perarakan maulidur rasul terbesar di negara ini dan perarakan paling besar untuk peringkat Terengganu sendiri.

CHUKAI – Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman 1433 Hijrah/2012 yang berjaya menghimpunkan sejumlah 40,000 peserta mencipta sejarah sebagai antara perarakan maulidur rasul terbesar di negara ini dan perarakan paling besar untuk peringkat Terengganu sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang bersyukur dengan penyertaan memberangsangkan itu berkata, program perarakan peringkat daerah itu sudah menjadi tradisi sejak beberapa tahun lalu di mana pada dua tahun lalu ia berjaya menghimpunkan kira-kira 35,000 peserta dan tahun lalu seramai 30,000 peserta.

Menurutnya, dengan respons dan sambutan yang begitu membanggakan dari seluruh umat Islam beliau yakin program perarakan itu mencapai tujuannya termasuk meningkatkan persefahaman dalam kalangan umat Islam di Kemaman sendiri.

“Program ini juga adalah usaha kita menggembeling tenaga. Ia juga menjadi medan kepada setiap pasukan untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dengan mereka sepanduk yang kreatif dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai perarakan bermula di Padang Astaka mengelilingi Bandar Chukai, semalam.

Turut menyertai perara-kan, isteri beliau, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera; Adun Kemasik, Ir Rosli Othman, Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman.

Perarakan yang dibahagikan kepada dua kategori berkenaan iaitu membabitkan jarak sejauh tujuh kilometer untuk dewasa dan tiga kilometer untuk kanak-kanak turut disaksikan pelancong berbangsa asing yang melahirkan rasa kagum dengan program keagamaan sedemikian.

Ahmad berkata, secara langsung program sedemikian menjadikan Kemaman unik dan memberi tarikan kepada pelancong selain meningkatkan perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Sementara itu, kesemua peserta mula membanjiri Padang Astaka sejak jam 7 pagi dan selepas majlis perasmian program, Ahmad bersama 40,000 warga Kemaman mula berarak sambil berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Malahan, ketika berarak Ahmad bersama pemimpin lain sempat berjabat tangan dan bermesra bersama penduduk yang menyaksikan perarakan penuh meriah itu di tepi jalan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Pejabat Daerah Kemaman tahun ini yang bertemakan ‘Perpaduan Asas Perpaduan Ummah’ memperlihatkan ratusan pasukan dari agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sekolah mengambil bahagian seperti Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jabatan Kerja Raya Kemaman, Petronas Wilayah Pantai Timur, Peratuan Sejarah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam.

- Sinar Harian

40 ribu orang sertai Sambutan Maulidur Rasul Daerah Kemaman 1433H


Memang hebat. Sambutan rakyat yang menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah telah dijelmakan tadi apabila seramai lebih 40 ribu rakyat Kemaman turun ke jalanraya untuk bersama YAB Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad bin Said dan Menteri Belia dan Sukan, DS Ahmad Shabery bin Cheek.



Diadakan pada 18/2/2012. Di Padang Astaka, Bandar Cukai, Kemaman. Perarakan mengelilingi Bandar Cukai, Kemaman. Dianggarkan lebih 40000 orang warga Kemaman terlibat. Syukur pada ALLAH.

Alhamdulillah, perarakan sejauh 7 kilometer itu telah berjaya dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak.

Saksikan 400 keping gambar suasana dan pelbagai ragam sepanjang himpunan tersebut. 
Album 1: Disini
Album 2: Disini..... 

[PANAS] Anwar dipuji kerana mengiktiraf Israel !! Tahniah....

Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.


Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?' turut menyanjung Ketua Pembangkang tersebut.

Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."

Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam.

Sumber: UM

RakTra: Tun Mahathir dulu sentiasa dikeji dan dihina oleh Israel kerana pendapatnya yang tegas dan tidak bertolak ansur dengan Yahudi Israel... tapi si bapak ANUwar ini sentiasa dipuji dan diangkat sebagai hero oleh musuh Islam itu.. Mengapa ek?

Wajarkah video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin tertinggi pembangkang didedahkan?

.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAPA GOMO

GERAKAN ANTI PKR

The Unspinners

PISAU.NET

Info Corner - Sudut Diskusi

MINDA INTELEK MELAYU

Gelombang Wangsa Maju

Gelombang Rakyat

THE FLYING KICK

Badut Rakyat

Komen Terkini