Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Tuesday, August 20, 2013

JAKIM MINTA UMAT ISLAM SOLAT HAJAT UNTUK MESIR

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini meminta seluruh umat Islam Malaysia mengadakan solat hajat dan qunut nazilah pada bila-bila masa bagi mendoakan supaya Allah SWT mengembalikan keamanan dan menghentikan kezaliman di bumi Mesir.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata sempena Syawal ini, Jakim menyeru seluruh umat Islam di negara ini agar tidak melupakan musibah yang sedang menimpa saudara seagama di Mesir yang kini bergolak.

"Dengan berita-berita kematian amat menyedihkan yang dilaporkan saban hari, Jakim mengajak masjid-masjid di seluruh negara agar mengadakan solat jenazah ghaib dengan harapan semoga Allah SWT mengampunkan dan merahmati para jenazah kaum muslimin yang gugur dalam krisis tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata sebagai umat Islam yang bernaung di bawah negara Islam seperti Malaysia, adalah tidak wajar sama sekali jika terlupa dan terlalai walaupun seketika dalam membantu saudara seMuslim di mana pun mereka berada biarpun dengan sepotong doa.

Situasi keselamatan di Mesir kini tidak menentu apabila bilangan angka korban semakin meningkat selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Dr Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah minggu lepas. - BERNAMA

No comments:

Posting Paling Glamer @Blog Raktra