Blog Raktra @Facebook

Terkini di blog Raktra

Tuesday, September 10, 2013

Persekutuan Kristian tuduh JAKIM keterlaluan !!!

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) membidas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), agensi kerajaan yang dituduhnya sebagai keterlaluan mempertahankan nama Allah daripada dipakai oleh bukan Islam di negara ini.
Rev. Dr. Eu Hong Seng (anak panah) ketika bertemu Anwar di Gereja Luther, Petaling Jaya pada Januari 2010. Turut hadir, Bishop Phillip Lok dari Lutheran Church di Malaysia & Singapore (kiri), Bishop Ng Moon Hing dari Anglican (baju warna ungu pakai salib) dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik (kanan)
Pengerusi CFM, Rev Dr Eu Hong Seng dilaporkan The Malaysian Insider hari ini merujuk terhadap satu khutbah Jumaat yang ditulis JAKIM yang disampaikan pada 6 September 2013 lalu.
“Kami merujuk kepada satu program televisyen iaitu tuduhan yang dilemparkan mengenai apa yang dipanggil plot Kristian untuk memurtadkan umat Islam, itu adalah tidak benar dan tidak berasas serta khutbah Jumaat rasmi ditulis Jakim yang disampaikan pada 6 September 2013 lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Rev Dr Eu, khutbah Jumaat itu tidak mengikut fakta sebenar sebaliknya mengikut emosi.
“Pemerhatian sepintas lalu ke atas tuduhan dan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa mereka bertindak mengikut perasaan tanpa berlandaskan fakta,” katanya.
Esok, perbicaraan akhir rayuan nama Allah yang akan berlangsung selepas Mahkamah Rayuan bulan lalu menolak permohonan gereja untuk mengenepikan permohonan rayuan oleh pihak kerajaan.
Rev Dr Eu sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya mempertahankan penggunaan nama Allah di kalangan penganut Kristian serta mendesak Putrajaya menimbangkan fakta sejarah penggunaan kalimah suci tersebut dalam membuat sebarang keputusan.
“Sudah berabad-abad penggunaan perkataan ‘Allah’ digunakan berlanjutan melalui sejarah kita bersama tanpa sebarang masalah, dan kita menikmati keamanan dan keharmonian relatif selama bertahun-tahun.
“Kita perlu kebenaran, iaitu fakta dan bukti untuk diperiksa, bukan rayuan kepada sekadar retorik emosi atau asas untuk menghina, atau percakapan komplot dan dakwaan penukaran agama,” katanya.
AIDC

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa dulu tak timbul pun isu nak menggunakan kalimah allah apa dah sesat ke ugama kristian ini sekarang. Tiba tiba mendapat ilham ingin menggunakan kalimah yg berbahasa arab ini. Kalau tidak ada agenda yg tersembunyi. Dilaknat allah org islam yg menyokong tuntutan mereka dgn azab yg pedih di dunia dan akhirat.

Posting Paling Glamer @Blog Raktra