Jom ke Putrajaya (23-27 Mei 2012). Bersama mencipta sejarah kegemilangan negara !!

Pemuda UMNO Kemaman bantu 240 orang anak yatim hadapi persekolahan

Tiga pasangan kembar seiras Siti Nur Fatihah, Siti Nur Atikah dan Siti Nur Hidayah , 12, gembira kerana diberi peluang memilih sendiri pakaian sekolah di Pasaraya Giant Bandar Baru Kijal, Kemaman, hari ini.


Mereka bertiga merupakan antara 240 pelajar anak yatim sekolah rendah dari daerah Kemaman yang terpilih untuk menerima baucer pakaian sekolah berjumlah RM100, beg sekolah, alat tulis dan duit poket RM50 dari Pemuda Umno Bahagian Kemaman.
Siti Nur Hidayah berkata, dia bersama dua beradik kembar dan seorang lagi abangnya cukup terharu di atas pemberian baucer itu kerana dapat meringankan beban ibu yang hanya bekerja sebagai tukang sapu.

“Kami adik beradik anak yatim dan orang susah, jika tiada sumbangan seumpama ini, sudah tentu nanti tidak dapat untuk bergilir pakaian dalam tempoh seminggu.

“Ibu sentiasa mengajar kami erti berjimat cermat dengan hanya membeli barangan penting saja termasuk mengehadkan hanya seorang satu pakaian sekolah dalam tempoh setahun,” katanya ketika di temui dalam program Pengagihan Baucer Pakaian Sekolah di pasar raya itu.


Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud yang hadir di majlis itu turut meluangkan masa memilih kelengkapan sekolah yang diperlukan penerima.


Seorang ibu tunggal, Norhasiah Mustapa, 35, berkata dia tidak akan melupakan jasa pihak penganjur kerana sudi memilih anaknya, Mohd Shah Izwan Iznur, 10, untuk menerima baucer yang cukup berharga itu.

“Baucer RM100 ini sangat besar ertinya kerana wang yang diperuntukkan membeli pakaian sekolah anak ketiga itu boleh membeli pelbagai barangan lain.

“Saya cukup terharu melihat gelagat anak dan penerima lain kerana diberi peluang untuk memilih sendiri kelengkapan sekolah yang diinginkan,” katanya yang mempunyai empat orang anak dan berasal dari Felda Neram 1.


Saksikan lebih 180 keping gambar program tersebut disini >>> Pemuda UMNO Kemaman

Disesuaikan dari sumber: Teganukita

[Transkrip Penuh & Video] Badroul Amin angkat Anwar sebagai "IMAM MAHDI" ???


Mula-mula Lim Guan Eng jadi khalifah Umar, lepas tu Nik Aziz diangkat sebagai Nabi, sekarang ni Badrol Amin angkat Anwar Ibrahim sebagai imam Mahdi pulak.... Apa kes bro....


Sesat, semakin sesat puak haramjadah ni... Kita tunggu apa komen Nik Aziz pula lepas ni... 



Transkrip Penuh
"kalu ini berlaku sedara, kalu ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir"

"kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa"

"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab"

"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??"

"dimana agak agak??"

"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai."

"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak"

"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi"

"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??"

"dari belah mana??timur.."

"timur itu dimana, bukan di timor leste!"

"timur itu our region, ini ini timur"

"tapi banyak negara di timur ini"

"apakah di indonesia??bukan"

"singapore??oo jauh"

"brunei??lambat sangat"

"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?"

"sy kata dia ada di??di malaysia."

"sudah adakah pemimpim itu saudara??"

"tanya sy, sy kata dia sudah ada."

"pemimpin itu sedang disiapkan"

"dia sedang melalui series of trials ujian"

"dia sedang di uji"

"satu peringkat ke satu peringkat"

"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa"

"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!"

"dan sekarang ujianya peringkat akhir.."

"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara"

"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat"

"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin"

"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya"

"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"dia juga dihormati dibarat dan ditimur"

"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa"

"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya''

"dan org hormat prinsip agamanya"

"tidak lain tidak bukan"

"sedara anwar ibrahim"


Video URL: http://youtu.be/dxHcD748-ZQ

Sumber dicedok dari: Politik Harian

Pasca 9 Januari: DAP mahu Nurul Izzah ganti Anwar !! Azmin melopong...

14 Januari akan menjadi titik tanda kepada usaha meletakkan NURUL IZZAH sebagai pembawa panji kepada Pakatan Rakyat sekiranya sesuatu berlaku kepada Anwar Ibrahim. 9 Januari 2012 akan menjadi tarikh keramat – menentukan samada Anwar akan terus menjadi pemimpin PR dalam pilihanraya akan datang; atau keperluan mencari pengganti yang boleh membawa obor dan panji perjuangan.

Berdasarkan maklum balas awal pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat; dalam satu undian yang dibuat secara sulit – NURUL IZZAH muncul sebagai calon tunggal yang dipersetujui oleh PAS, DAP dan PKR sendiri. Azmin terpaksa menerima hakikat, kedudukannya sebagai Timbalan Presiden tidak memberikan dia wild card untuk menjadi pembawa obor kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Berdasarkan maklum balas yang diperoleh, Azmin berhadapan dengan KRISIS IMEJ yang sangat teruk di kalangan rakan Pakatan. Cara Azmin yang kasar dan sombong, tidak disenangi ramai pihak sewaktu menjalankan perbincangan mengenai senarai calon yang bakal diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

Azmin terkenal dengan cara untuk ‘bulldoze’ calon yang dirasakan dekat dan akrab dengannya. Sampaikan, ada satu ketika, pertikaman lidah berlaku kerana Azmin cuba mempengaruhi senarai calon yang datang daripada PAS dan DAP. Ini yang membuatkan nama Azmin kerap kali tertinggal.

Situasi ini tidak bermakna Azmin akan jadi tidak penting. Azmin akan settle down dengan jawatan Menteri Besar Selangor. Ini dia sudah nyatakan sendiri di kalangan Ketua-Ketua Cabang yang dekat dengannya. Malahan, Azmin sudahpun mempunyai nama senarai EXCO yang beliau mahukan sewaktu menjadi MB Selangor nanti.

Izzah memang mempunyai ‘imej’ yang baik dan boleh menarik pengundi muda. Itu perlu diakui oleh kawan dan lawan. Pendekatan Izzah mudah dan disenangi ramai. Izzah lebih mudah didekati dan dibawa berbincang. Guan Eng dan Kit Siang mempunyai keyakinan bahawa Izzah mempunyai ‘luck’ untuk menjadi pemimpin PKR – sekiranya sesuatu terjadi kepada Anwar. Mereka sudah berfikir jauh.

Namun begitu, antara yang turut dipersetujui adalah kewujudan apa yang dipanggil sebagai ‘Leaders’ Council’ yang bakal menasihati Izzah daripada belakang. Council khas untuk membantu Izzah ini dikatakan akan memberi nasihat mengenai program dan pendekatan pilihanraya yang bakal diambil bagi meletakkan Izzah sebagai calon setanding dengan Najib Razak.

Khabarnya, beberapa orang penasihat politik antarabangsa juga sudah dipanggil untuk membina imej Izzah. 

Fokus yang akan diberikan kepada Izzah:-
Young leader with brain.
Sustainable international image (image in between Yingluck Shinwatra and Aung San Suu Kyii).
Clean and integrity;
Pro-democracy and moderate Islamist;
Sympathy orientated machinery;
Pragmatic nationalist (less Malay-ness; more Malaysian outlook)
Pro market/merit based economic policy

Penggerak kempen David Cameron di UK dikatakan sudah dihubungi untuk membina imej Izzah selepas daripada ini. Pakej khidmat yang ditawarkan lengkap dengan penyusunan imej di media antarabangsa – leverage kepada Free Anwar Campaign.

[MESTI TONTON] Video Pertandingan Bina Badan Kerajaan PAS Kelantan !!

Tahniah buat kerajaan PAS Kelantan atas kejayaan menganjurkan pertandingan bina badan (Mr.Kelantan 2011).
RT>>> Dulu masa bina badan buat kat Melaka bukan main marah Nik Aziz !!! Wanita tidak boleh masuk pertandingan mengaji, tetapi lelaki boleh buka aurat nampak pusat & peha. Apakah selepas memperjuangkan negara berkebajikan, Islam sudah ditinggalkan begitu sahaja oleh PAS ??? Kluk klek....

Terkini: Dewan Ulama PAS tetap bersama Nasharuddin & Hasan Ali

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa walaupun kedua-duanya dikecam hebat oleh kepimpinan parti berkenaan.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menegaskan, pendiriannya masih tidak berubah terhadap kewibawaan serta kesetiaan Nasharuddin dan Hasan kepada Pas dari dahulu sehingga sekarang.

Malah beliau tetap berpendapat bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan masih diperlukan oleh Pas dan begitu juga sebaliknya.

“Sepertimana saya katakan sebelum ini, saya tetap berpendapat bahawa Pas masih perlukan Hasan dan Nasharuddin, begitu juga mereka masih memerlukan Pas.

“Ini bermakna kedua-dua belah pihak masih saling memerlukan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau mengulas mengenai Hasan dan Nasharuddin yang kini menjadi sasaran beberapa pemimpin tertinggi Pas ekoran tindakan mereka yang menyentuh soal dasar perjuangan parti berkenaan yang didakwa sudah terpesong daripada landasan sebenar.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, beliau mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dengan agenda UMNO.

Malah Hasan turut menjadi sasaran Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan tindakan beliau (Hasan) menyentuh dasar perjuangan Pas sebagai pengisytiharan perang terhadap parti itu dan beliau dinasihatkan agar ‘angkat kaki’.


Kelmarin, Nasharuddin pula menyelar tindakan pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dan menuduh tindakannya menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Baca seterusnya di UM

FAKTA: Pilihan raya Malaysia lebih telus dari Amerika Syarikat !!!

Pengunaan dakwat kekal dalam pilihan raya lazimnya dikaitkan dengan negara mundur dimana bancian mengenai daftar pengundi amat sukar dilakukan kerana kekangan kewangan, masa dan logistik.

Kebanyakan negara mundur di benua Afrika dan negara berdekatan Malaysia seperti Pakistan, India, Afghanistan, Filipina dan Indonesia mengamalkan penggunaan dakwat untuk mengelak penipuan seperti undian berulang kali.

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tertanya-tanya atau terkeliru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia membuat pengumuman penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya akan datang kerana SPR mempunyai pangkalan data daftar pemilih yang begitu mantap.

Sebenarnya, penggunaan dakwat kekal hanyalah sebahagian dari cadangan yang diutarakan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya kerana beberapa penambahbaikan seperti kebenaran mengundi awal, penghapusan masa bantahan dan bantuan mengundi untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut diperkenalkan.

Rata-rata rakyat menerima baik sikap keterbukaan dan ketelusan SPR untuk menjadikan pilihan raya di Malaysia memenuhi prinsip demokrasi tanpa menganiaya mana-mana pihak.

Lebih mengkagumkan adalah pihak yang mempunyai kepentingan politik tidak kira dari sebelah kerajaan mahupun pembangkang menyambut baik langkah SPR.

Tetapi berlainan pula cerita dengan sebuah negara yang dianggap sebagai pejuang demokrasi paling hebat di dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) mendapati begitu sukar untuk melaksanakan proses penambahbaikan pilihan raya kerana mendapat tentangan pihak yang berkepentingan.

Sistem daftar pemilih AS dikatakan agak longgar dan kucar kacir kerana kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa sebaliknya setiap negeri mempunyai sistem yang berlainan di antara satu sama lain.

Beberapa negeri seperti Wisconsin, Iowa, Idaho dan Minnesota mempunyai sistem pendaftaran liberal seperti membenarkan pendaftaran pengundi pada hari pengundian.

Paling menimbulkan masalah adalah hampir ke semua negeri di AS mengamalkan sistem pendaftaran pengundi yang agak longgar yang terdedah kepada penipuan. Walaupun perlembagaan hanya membenarkan warganegara AS membuang undi, tetapi sebenarnya sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai pengundi.

Ini adalah kerana dokumen yang diperlukan untuk mengundi hanyalah bukti alamat bermastautin pengundi. Penyata akaun bank atau bil utiliti sudah cukup untuk membuktikan pengundi tersebut layak mengundi di kawasan yang tertera pada alamat tersebut.

Sebab itu, lebih dari 30 negeri di AS sudah mula memperkenalkan undang-undang daftar pengundi yang lebih ketat supaya penipuan dapat dielakkan.

Keperluan yang paling banyak diperkenalkan adalah penggunaan pengenalan bergambar seperti lesen memandu atau pasport sebagai bukti kelayakan mengundi. Tidak seperti di Malaysia, AS tidak mempunyai sistem pengenalan (kecuali surat beranak tetapi tanpa gambar) untuk membuktikan seseorang itu adalah warganegara AS.

Tetapi niat baik kerajaan negeri untuk mengelak penipuan itu ditentang dengan hebat oleh kerajaan pusat dengan alasan bahawa keperluan terbaru itu akan menyusahkan beberapa kelompok pengundi seperti golongan minoriti, berpendapatan rendah dan muda kerana mereka mempunyai kekangan untuk memperolehi pengenalan bergambar.

Peguam Negara, AS Eric Holder ialah antara yang paling lantang menentang kerana beliau meramalkan seramai 5 juta rakyat AS yang layak mengundi akan kehilangan hak mereka akibat keperluan terbaru ini.

Ada kebenaran mengenai kebimbangan Holder kerana golongan berpendapatan rendah yang lazimnya adalah berkulit hitam tidak mempunyai pengenalan bergambar kerana faktor kewangan. Umpamanya untuk mendapatkan pasport sahaja memerlukan bayaran AS$135 dan ini tidak termasuk kos perjalanan.

Kegusaran Holder ada sebabnya kerana Presiden Barack Obama dari parti Demokrat memenangi pilihan raya presiden 2008 kerana sokongan undi golongan yang besar kemungkinan terlepas hak mengundi iaitu pengundi kulit hitam, Hispanik, Latino dan golongan muda.

Kebimbangan Holder ini diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa pada pilihan raya perwakilan dan Gabenor pada 2010, parti Republikan telah menang besar kerana minat mengundi golongan yang menyokong Obama telah luntur pada ketika itu.

Mungkin rakyat Malaysia sekali lagi tertanya-tanya niat baik kerajaan negeri AS itu tidak patut ditentang oleh Holder semata-mata hanya kerana mahu menyelamatkan Obama yang akan mempertahankan jawatan presiden pada pilihan raya November 2012. Ketelusan pilihan raya adalah jauh lebih penting dari agenda sesebuah parti politik.

Tetapi jika diteliti negeri yang memperkenalkan keperluan pengenalan bergambar kebanyakannya adalah diterajui oleh Gabenor dari parti Republikan. Sebab itu timbul kesangsian tentang niat sebenar mengapa keperluan pengenalan bergambar diwujudkan kerana terdapat elemen kepentingan tersirat.

Apakah tujuan tersirat untuk menyusahkan pengundi minoriti, berpendapatan rendah, muda, Hispanik atau Latino yang telah mengundi Obama pada pilihan raya 2008 atau pun mempunyai niat baik memperkukuhkan proses pilihan raya AS, pihak yang bertentangan mempunyai hujah masing-masing.

Tetapi perlu ditekankan oleh kerana sistem undi AS yang tidak menggunakan konsep satu pengundi dikira sebagai satu undi, penipuan pengundian yang dilakukan oleh pengundi bukan warganegara AS sebenarnya tidak begitu kritikal.

Berdasarkan reaksi rakyat Malaysia terhadap langkah terbaru SPR dan dibandingkan dengan kemelut keperluan pengenalan bergambar AS, maka tidak keterlaluan jika diandaikan proses pilihan raya di Malaysia adalah jauh lebih sihat dan telus berbanding dengan AS yang dianggap sebagai pejuang demokrasi. 

Sumber: UM

TERKINI: Jam Omega dijumpai di bawah sekeping surat !!!

Saya ketawa besar apabila melihat kenyataan akhbar Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mengenai pinjaman Bank Dunia.

Hairan, bagaimana PKR mempunyai seorang pengarah strategik yang gagal membuat kajian yang terperinci dan memahami konteks Krisis Mata Wang pada tahun 1998.

Andaian saya satu sahaja, pada waktu itu Rafizi baru berumur 21 tahun, masih belajar dan tidak berada di Malaysia untuk benar-benar memahami apa yang berlaku.

Biarlah kita jelaskan kepada Rafizi, pertamanya - Malaysia telah menerima bantuan teknikal dan pinjaman-pinjaman untuk sektor sosial dan pendidikan dari Bank Dunia sejak tahun 1970-an lagi kerana pada waktu itu Bank Dunia memberi pinjaman bernilai tinggi kepada negara-negara yang sedang membangun.

Pada tahun 1999, Malaysia masih menerima bantuan teknikal yang sama dan juga pinjaman yang sama dari World Bank, tanpa sebarang syarat yang boleh menyebabkan negara tergadai.

Apabila berlaku Krisis Mata Wang Asia pada tahun 1997, IMF mengumpul dana dari pelbagai sumber rasmi termasuk dari IMF sendiri, Bank Dunia dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya dan menawarkan bantuan kewangan ini dengan syarat-syarat yang `menggadaikan negara' - ini yang dimaksudkan sebagai menjadikan `negara terjajah semula secara ekonomi'. (Lihat syarat-syarat yang dikenakan oleh IMF untuk memaksa Korea membuka ekonominya di sini.)

Tawaran ini dikenali juga sebagai `Rescue Package' ataupun Pakej Penyelamat yang ditaja oleh IMF.

Ketika negara-negara jiran sudah mula menerima tawaran IMF ini kerana tidak mampu bertahan dengan serangan spekulator mata wang asing, Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad masih bertahan kerana tidak mahu menggadaikan negara ke tangan kapitalis dunia, walaupun diberitakan Menteri Kewangan ketika itu berulang kali mencadangkannya dan memuji-muji tawaran IMF ini.

Sebaliknya Tun Dr Mahathir mengambil langkah yang berbeza, iaitu;

1. memperkenalkan `currency pegging' yang menambat nilai mata wang Ringgit Malaysia kepada nilai tertentu agar kegiatan spekulasi mata wang dapat dihalang

2. memperkenalkan kawalan modal

3. menurunkan kadar faedah bank ketika itu yang menyebabkan begitu banyak syarikat milik warga Malaysia bankrap dan berada dalam keadaan tenat

4. melaksanakan langkah-langkah susulan untuk meningkatkan semula pertumbuhan bidang ekonomi yang indikator utama ekonomi negara ketika itu.

Semua ini dilakukan dalam keadaan penuh kepayahan kerana Malaysia menolak paksaan kapitalis dunia yang mahu menjajah negara menggunakan senjata ekonomi dan globalisasi yang masih belum difahami ketika itu.

Jangan kita sekali-kali lupa pada tahun 1997, apabila ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang sehingga ia jatuh menjunam dan memiskinkan semua pihak di dalam negara, pada 21 Ogos 1997 Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia.

Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993.

Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %.

Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia masih merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.

Semua ini hasil kebijaksanaan Tun Dr Mahathir dan keberanian beliau menggunakan kaedah un-orthodox bagi menyelamatkan negara. Anwar Ibrahim?

Kenyataan dan tindakan ketika itu menyebabkan ramai yang menganggapnya tidak lebih dari boneka pihak tertentu. (Baca artikel ini untuk menghayati kebijaksanaan Tun Dr Mahathir.)

Bagaimana saya tahu semua ini? Berbeza dengan Rafizi yang masih belajar di luar negara, ketika itu saya sudah bekerja dan dapat melihat sendiri kesan terhadap ekonomi dan perniagaan di dalam negara, termasuk syarikat tempat saya bekerja, sebelum dan selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih portfolio Menteri Kewangan dari seorang Menteri yang tidak kompeten (baca tulisan ini) dan mahukan preskripsi IMF digunakan.

Di mana kegagalan Rafizi?

1. Tun Dr Mahathir tidak pernah menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah menerima pinjaman Bank Dunia, tetapi pinjaman yang secara tradisinya telah diterima sejak tahun 1970-an tanpa syarat-syarat yang boleh menyebabkan negara terjajah semula.

2. Rafizi gagal membezakan di antara `pinjaman tanpa syarat yang menekan' dan Rescue Package IMF/Bank Dunia/negara maju dengan pelbagai syarat yang boleh menggadaikan negara

3. Tun Dr Mahathir tidak pernah menulis surat memohon dan menerima Rescue Package, seperti yang dilakukan oleh sejumlah Presiden dan Perdana Menteri negara-negara Asia ketika itu.

Jika surat sedemikian ada - SILA MINTA Anwar Ibrahim tunjukkan kerana sebagai penasihat kepada Bank Dunia sudah pasti Anwar boleh mendapatkannya dengan mudah!

Rasanya lebih mudah mencari surat itu, berbanding mencari JAM OMEGAnya yang hilang baru-baru ini.

Ashaari Shamsuddin dan MBFM rangkul Anugerah ABN 2011

Oleh: FAUZI MOHD

Penyerang skuad Penyu, Ashaari Shamsuddin merangkul Anugerah Belia Negara peringkat negeri bagi kategori Daya Juang Malaysia Boleh malam tadi.


Anak jati Bukit Payong, Marang itu yang membawa Skuad Penyu juara Piala FA, naib juara Liga Super dan Liga Malaysia memperolehi wang tunai RM3,000 dan piala iringan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Rozi Mamat.

Ashaari ketika ditemui berkata, pengiktirafan itu memberi tiupan semangat kepadanya membawa nama ‘Belia Terengganu’ mengukir kejayaan bukan sahaja di peringkat negeri malah ke tahap yang lebih tinggi.


“Kejayaan ini bukan untuk saya seorang malah untuk dikongsi semua anak Terengganu yang berjuang dalam arena bola sepak negara kerana Bola Sepak telah menaikkan imej negeri,” katanya yang pernah dinobatkan Pemegang Kasut Emas tahun 2010.

Anugerah sejak tahun 1988 itu bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan di atas pencapaian belia dalam pelbagai bidang serta menggalakkan penyertaan golongan itu dalam kerja sukarela dan kemasyarakatan.

Turut hadir pada majlis di Primula Hotel, Kuala Terengganu Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT), Mat Yusof Mat Ali.

Kategori Tokoh Belia Lelaki dan Wanita masing-masing dianugerahkan kepada Mat Yusof dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok, Setiu, Che Dayang Che Sulaiman yang membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan setiap seorang.

Sementara itu, Pembantu Unit Komunikasi, Amirullah Othman meraih Kategori Aktivis Sosial, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Terengganu, Mohd Fauzi Mat Adam (Kategori Kepimpinan) dan wakil Malaysia ke Pertandingan World Skills ke-35 di Montreal, Suramzi Muda (Kategori Inovasi dan Kreativiti).

Turut mendapat pengiktirafan, pengusaha cendawan syarikat Fatisha Agro, Rusila Yusof (Kategori Usahawan Agro) dan pemilik Bie Beuty Salon, Robiah Mohamad (Kategori Usahawan).

Semua pemenang membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan yang disampaikan Rozi.


Bagi Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Daerah, Persatuan Belia Fajar Meyinsing dipilih untuk Daerah Kuala Terengganu, Persatuan Belia Setia Pakat (Marang), Persatuan Belia Felda (MBFM) Kertih Satu (Dungun) dan Persatuan Belia Seri Kertih (Kemaman). Empat persatuan itu menerima piala iringan dan wang tunai RM10,000.

Bagi peringkat negeri, Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu meraih Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Negeri dan layak menerima wang tunai RM10,000 serta piala iringan.

Pada majlis itu, Rozi turut melancarkan ‘Utusan Belia’ yang diterbitkan MBNT sebagai medium kominikasi antara pemimpin dan kira-kira 35,000 ahli serta lebih 540 persatuan belia di Terengganu.

9 Januari: ANUwar rancang pelan kejutan & luar jangkaan ?

KEPUTUSAN kes Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, akan diketahui 9 Januari ini.

Tarikh itu nanti pasti menjadi perhatian ramai. Kes perbicaraan liwat tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di dunia melibatkan pemimpin pembangkang.

Pada tahun 2000, Anwar pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat, juga merupakan rekod.

Anwar yang selama ini mendabik dada memperjuangkan keadilan dan kebebasan, turut mengejutkan semua apabila memilih memberikan keterangan membela diri di dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah. Ia sekali gus ‘menyelamatkan’ beliau daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan.

Perbicaraan tersebut turut mencatat sejarah kerana mengambil masa yang panjang ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan.

Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 dan hanya selepas dua tahun tujuh bulan, barulah perbicaraan sebenar bermula iaitu pada 3 Februari 2010. Seingat Awang, tiada kes lain di tanah air ini yang begitu mencabar sebagaimana perbicaraan Anwar. Sehingga hari ini, beliau juga masih enggan bersumpah laknat di dalam masjid bagi menafikan pembabitan dalam kes liwat itu walaupun Saiful telah berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Anwar terus menjadi tumpuan kontroversi kerana dikaitkan dengan rakaman video seks bersama pelacur selain isu-isu integriti. Bukti-bukti kesahihan video telah disahkan oleh pakar-pakar termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan polis. Kini Ketua Pembangkang itu sudah dianggap sebagai liabiliti. Belum pernah dalam sejarah di mana-mana negara, ada Ketua Pembangkang yang paling bermasalah terutama dari segi akhlak dan moral. Dalam menanti penentuan 9 Januari ini, Awang mendapat tahu, PKR yang dipimpin oleh Anwar sudah mengatur gerakan, daripada yang bertujuan meraih simpati hinggalah kepada tindakan lebih menggemparkan.

Seperti menjangkakan Anwar akan didapati bersalah, Angkatan Muda Keadilan parti itu mula melancarkan Kempen Bebas Anwar 901 secara maya di laman twitter.

Khabarnya, ada banyak rancangan lagi. Demonstrasi jalanan, salah satu pilihan sebagaimana ketika kes liwat pertamanya dulu. Itu belum menyentuh kata dua Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahu merobohkan penjara jika bosnya dipenjarakan.

Anwar sendiri sanggup melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan dirinya. Jika didapati bersalah dan dipenjarakan, Awang percaya simpati kepadanya tidak lagi seperti dahulu. Rakyat sudah kenal siapa Anwar. Angkara nafsu peribadi tidak boleh dijatuhkan beban kepada rakyat. Anwar tahu segala risikonya kali ini. Maka ini penentuan terbesar bagi hidup dan karier politiknya, yang tidak mungkin beliau pasrah begitu sahaja. Ia memungkinkan pelan luar jangkaan. Kita nantikan apa kejutannya.

Isu Calon Melayu: DAP hina PAS lagi..

HASRAT DAP meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menarik perhatian ramai.

Pengumuman mengenai perkara itu tiba-tiba menaikkan suhu politiking di kalangan parti pakatan pembangkang.

Pihak yang paling membantah ialah Pas. Ia dilihat tamparan kepada parti tersebut yang selama ini menjadi sandaran pembangkang bagi kawasan majoriti Melayu.

Pada peringkat ini, tentunya DAP mahu memancing reaksi pelbagai pihak. Sebenarnya ia lebih daripada itu. DAP sebenarnya tidak yakin kepada kemampuan Pas menarik sokongan majoriti pengundi Melayu.

Jika diamati, kerjasama antara kedua-dua parti itu adalah lebih menguntungkan Pas. Sehingga hari ini, Pas gagal meraih sokongan masyarakat Melayu namun bernasib baik kerana bergantung kepada ihsan undi kaum Cina yang diberikan atas faktor DAP. Sedangkan DAP terus menguasai majoriti masyarakat Cina tetapi semakin kehilangan sokongan Melayu antara lain kerana kelemahan Pas dan PKR. Dengan kata lain, DAP tidak boleh meletakkan harapan besar kepada Pas dan PKR.

Dalam menangani permasalahan tersebut, DAP mahu bersikap realistik dan mencuba formula baru. Persoalannya apakah ‘pembaharuan’ itu akan memberikan isyarat yang betul kepada orang Melayu?

Percayalah DAP mahu memperlihatkan bahawa parti itu bukan rasis sebagaimana tanggapan ramai, dengan kali ini membariskan sama calon Melayu.

Sekali lagi persoalannya mengapa ghairah mahu meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu, mengapa tidak di kawasan majoriti Cina? BN sudah berpuluh tahun mengamalkan keterbukaan dengan UMNO menjadi parti paling banyak berkorban dan membenarkan kerusi majoriti Melayu ditandingi calon komponen lain.

Jika DAP benar-benar serius untuk memperbaiki imejnya yang terlalu kecinaan di sebalik menggunakan nama demokratik, apalah salahnya melakukan pembaharuan lebih besar dan ikhlas.

Tetapi kita ragu bahawa akan ada laluan mudah untuk calon Melayu dalam DAP. Ia sekadar kosmetik dan umpama bermain wayang kulit. Setakat ini, tiada petunjuk bahawa DAP akan keluar daripada kepompong yang sebenar iaitu cauvinisme.

- AS

Bekas calon wakil rakyat DAP mohon maaf kepada orang Melayu !!!

KEPADA orang Melayu yang berangan-angan mahu bertanding atas tiket DAP, fikirlah 1000 kali.

Sudah ramai orang Melayu yang pernah menjadi aktivis DAP, akhirnya keluar parti kerana menjadi mangsa dipergunakan.

Mereka meratap dalam diam kerana penyesalan. Cuma sekerat dua yang tampil membuat pendedahan.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas calon DAP, A. Rahman Manap. Beliau menjadi aktivis DAP pada dekad 1990-an dan telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Ahli Jawatankuasa DAP Bayan dan Exco DAP Pulau Pinang.

Beliau pernah bertanding atas tiket parti itu di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 1995 tetapi tewas.

Awang pernah menulis sepintas lalu mengenai beliau ekoran pendedahannya kepada akhbar Suara Perkasa pada Oktober tahun lalu.

Menurut Rahman, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini.

Apa sahaja strategi DAP untuk mendekati hati Melayu hanyalah muslihat sedangkan hakikatnya DAP bersikap anti-Melayu.

‘‘Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat bagi mencapai cita-cita politik,’’ katanya.

Rahman membuat pendedahan itu kerana tidak mahu orang Melayu tertipu.

Seorang lagi yang berani tampil ialah Mohamed Razali Abdul Rahman. Beliau memohon maaf kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.

Kes beliau lebih menarik. Razali menyimpan rahsia dan kisah benar bagaimana liciknya DAP melaksanakan agenda berbahaya kepada Perlembagaan negara.

Baru-baru ini pula, Awang didatangi seorang bekas ahli parti itu yang enggan namanya disiarkan. Pertemuan selama 45 minit itu berakhir dengan dia sebak.

‘‘ Melayu hanya dipergunakan. Saya telah menghina diri sendiri, agama dan bangsa kerana tersilap perhitungan. Saya tidak mahu menanggung penyesalan ke akhir hayat. Kini saya menjauhkan diri dari DAP.’’ katanya.

Awang tersentuh. Setidak-tidaknya mereka ada keberanian untuk kembali ke pangkal jalan. Syukur.

MURTAD: Mubaligh pakai jubah & sembahyang jemaah di masjid !!!

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) peringkat negeri Perak di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Himpun, Azmi Abd. Hamid; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya beberapa bulan lalu, terdapat 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut.

Copy paste: UM

Blog Raktra @Facebook

RAKTRA.COM

UMNO Online

Checkmate !!!

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.